Ishk..Ishk..Betapa besarnya rahmat Allah terhadap kaum hawa..Mengapa perlu mencari hak kesamaan antara lelaki dan perempuan sedangkan hak anda sebagai seorang wanita amat tinggi disisi Allah..Ketahuilah bahawa seorang lelaki soleh belum tentu tempatnya di syurga kerna tangunggan nya yang besar manakala wanita yang solehah ( taat pada perintah-Nya )taat pada suami serta menjaga maruahnya akan terbukalah pintu syurga untuk nya serta tertutuplah pintu neraka...
P/s- jangan merungut ketika membuat kerja rumah kerana itu merupakan ibadah yang pasti dibayar Allah dengan balasan pahala….
58 balasan pahala untuk wanita
1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, d an apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka."
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
15. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. Siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebul an (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
Published by : Mr. HFH
Published for : kepada rakan2 yg mengunjungi blog ini
Comment : time kasih kepada semua yg mengunjungi blog ini....dan sayer Mr. HFH berbesar hati dgn kunjungan anda semua....
7 rencana berharga:
seronok bila baca ganjaran bila buat,resah bila tak dapat buat dan rasa berdosa bila buat salah..
walauapapun, berusaha buat yang terbaik..
hehehehehe....
btul tu....
aper2 pon jgn cepat pts aser.....
Terima kasih untuk artikel yang menakjubkan! Ia menyentuh perasaan saya secara mendalam:)
Maaf untuk menggunakan penterjemah Google .... tetapi bahasa tidak boleh menjadi penghalang pada masa yang sama memindahkan perasaan dan phylosophy.
Free online TV
Hi there! thanks for this entry of your blog, it was such a joy to read it!
Very nice post! Keep them coming:)
Most intriguing one:)
Nice post.
How do I convert *.vob into *.avi or another video format, I want to edit my video, but the format is in *.vob, and when I convert it, the video quality is poor and there is some scene is missing. so, how do i convert this type of video into another format with the same quality?
Post a Comment