12. Mungkin terdapat juga rambut seorang perempuan yang sudah berkahwin seperti masih anak gadis dan berseri. Ini berlaku, kerana walaupun perempuan itu telah berkahwin,sebelum perkahwinannya, dia tidak pernah melakukan perbuatan sumbang atau berasmara walaupun dengan bakal suaminya *(di alam pertunangan). Lantaran daripada sikapnya yang menjaga kesucian diri sehingga di malam pertama, Tuhan telah mengurniakan suatu daya penarik kejelitaan pada wajahnya.
13. Untuk makluman anda persetubuhan malam pertama oleh seorang gadis yang terlalu suci dengan seorang lelaki yang juga teruna akan menyerikan hidup mereka bukan sahaja keperibadiannya malah segala-galanya temasuklah susuk tubuh badannya. Sebab itulah berbagai-bagai petua orang tua-tua yang perlu kita lakukan di malam pertama sebelum melakukan persetubuhan dan selepas melakukan persetubuhan tetapi dengan syarat pasangan itu adalah pasangan yang bersih dari segala dosa maksiat sebelum berkahwin.
14. Berbalik soal rambut boleh membuktikan samada kegadisan seseorang itu telah hilang atau masih suci, ingin saya terangkan satu petua yang mudah untuk sama-sama kita gunakan sebagai pedoman mencari kebaikan. Rambut seseorang gadis yang masih suci selalunya tidak kelihatan begitu menarik dengan mereka yang biasa menerima belaian pada rambut daripada lelaki. Kenapa saya katakan begitu, ianya disebabkan anak gadis remaja yang mula pandai berdandan, bijak tentang pentingnya rambut sebagai daya tarik kepada lelaki.Lantaran daripada itu, mereka tidak bersedia menguruskan rambut mereka agar kelihatan lebih berseri dan menarik. Sebaliknya jika kita lihat rambut anak gadis kelihatan menarik dan berseri kerana sentiasa disikat rapi ialah kerana dia sudah mengetahui rahsia rambutnya yang sering menjadi pujian kaum lelaki atau sekurang-kurangnya teman lelakinya yang kerap kali bertemu dengannya membelai dan memuji rambutnya.
0 rencana berharga:
Post a Comment