skip to main | skip to sidebar

KaRyAgOnG

Pengalaman dan Hidupku

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • About Us
  • Archives
  • Contact Us

January 10, 2010

10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang..

Karya Oleh Mr. HFH at 11:59 PM
10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang..


Cinta Itu Buta. Tidak mengenal usia, darjat, status dsbnya. Itulah yang sering dikatakan oleh pujangga cinta. Bila terjerat susah untuk melepaskan diri. Tidak kurang juga ada cinta terhalang oleh sebab- sebab tertentu. Contohnya Cintakan Lelaki yang bujang 3, 2 atau 1. Makna dia suami orang laa.. Di sini disenaraikan sebab-sebab mengapa orang atau masyarakat sering menghalang perhubungan ini terus terjalin? Ini adalah kerana :-



1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU


Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasadirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!



2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA


Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.



3. HUBUNGAN SECARA SULIT


Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!



4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG


Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!



5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?


Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!



6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU


Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.



7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN


Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!



8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI


Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)



9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"


Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !



10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA


Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!



Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua...khususnya wanita...



Firman Allah: "Sekali-Kali Tidak Akan Redha Orang-Orang Yahudi Dan Nasrani Itu Sehingga Engkau Mengikut Cara Hidup Mereka." (Al Baqarah:120)


Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

8 rencana berharga:

Niniekartini said...

i like!

January 11, 2010 at 4:56 PM
Mr. HFH said...

thanx ninie......

January 11, 2010 at 5:44 PM
anish said...

tamau tamau ^^

January 11, 2010 at 7:01 PM
anish said...

tamau tamau ^^

January 11, 2010 at 7:01 PM
Mr. HFH said...

hehehehehe....

naper anish ckp mcm tu....

January 11, 2010 at 8:14 PM
anish said...

hee.. tamau suami orang la :) hehe

January 11, 2010 at 8:25 PM
Mr. HFH said...

heheheehhe.....

ok....sayer mengerti.....

January 11, 2010 at 11:39 PM
Unknown said...

wondering is this post is related to someone?hihi..btw, this post is nice ^^

January 13, 2010 at 9:15 PM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

May God Bless You

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

Nuff3 Akoo (Klik3kanlah)

Sikit ceter pasal aku

My photo
Mr. HFH
Proses memperbaiki diri menjadi yang lebih baik dr yang sebelumnya. Seorg yang simple tapi sgt complicated. Berusaha membuat yang terbaik dalam mendapatkan kebahagian hidup di dunia dan juga di Akhirat. In Shaa Allah.
View my complete profile

Pengikut Setia

Jejak3 Berharga

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (2)
    • ►  December (2)
  • ►  2012 (9)
    • ►  July (1)
    • ►  February (4)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (10)
    • ►  March (10)
  • ▼  2010 (64)
    • ►  December (1)
    • ►  November (4)
    • ►  September (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  February (14)
    • ▼  January (34)
      • Berserabut@Kelam Kabut....
      • Cara Wanita Berjalan
      • Kes Tudung....Renung2kanlah.....
      • Penat redah highway....(wrong way)
      • Teori Telor....
      • Hmmmmm...Aper ni sumer.....
      • Bonus Bulanan....
      • 58 balasan pahala untuk wanita....End....
      • 58 balasan pahala untuk wanita....Part 2....
      • 58 balasan pahala untuk wanita....Part 1....
      • Jika anda diberikan RM1 juta ringgit....aper yang ...
      • Benci dan tak Suker....Bengangnyer.....
      • Hargai Air Mata Wanita....
      • Adnan Sempit.....Best Giler.....
      • Bercuti di Country Heights Resort, Kajang.....
      • Apakah Rahsia Di Sebalik Rambut Anda....End....
      • Apakah Rahsia Di Sebalik Rambut Anda....Part 4....
      • Apakah Rahsia Di Sebalik Rambut Anda....Part 3....
      • Apakah Rahsia Di Sebalik Rambut Anda....Part 2....
      • Pengumuman....
      • Apakah Rahsia Di Sebalik Rambut Anda....Part 1....
      • Pemanduan Tidak Selamat...
      • Seharian di Pantai Puteri.....
      • Apabila Diri Mula Dipersoalkan.....
      • 10 Sebab DiLarang Pilih Suami Orang..
      • 6 Pesanan utk Wanita....
      • 10 Hadiah Utama yg Sering Dilupai utk Orang Tersay...
      • 9 sikap wanita yang disukai lelaki
      • Cerita Dari Hati.....
      • Merepek ajer....
      • Holidays......part 4......
      • Semangat Berkobar2....
      • Holidays.....part 3.....
      • Holidays......part 2......
  • ►  2009 (28)
    • ►  December (22)
    • ►  November (6)

Countdown

widgeo.net

Blog Chatting

Waktu Solat

Mari Menukar Link

Powered by Blogger.

Blog Favourite

  • Aznil Haji Nawawi
    Ring Ring Ringgit
    9 years ago
  • SELAMBAKODOK'S HOUSE
    Hello Blog. Babai Facebook!
    10 years ago
  • ------nocturnal.
    101.
    13 years ago
  • All About L.I.N.D.A O.N.N
    Photoshoot majalah SANTAI
    14 years ago
  • Aku Muzik Hampa

Suka Suki

  • it's time for therapy
    2016
    8 years ago
  • ✿ sarazaqea ✿
    [Food Review] Rainbow Cookies / Biskut Lidah Kucing by Bellahee
    11 years ago
  • shugar hunny hott pie

Gempak-Gempak

  • Mysara Newrie
    You are not okay and that's not okay.
    3 weeks ago
  • ::hami asraff::
    Kenangan, Rindu, Ujian, Harapan.
    5 weeks ago
  • Puteri Kasih
    Ciri – Ciri Agen Judi Poker Online Resmi Indonesia
    2 years ago
  • Perjalananku Baru Bermula
    resepi mudah ayam masak butter
    4 years ago
  • DIA EMILYA
    Preparation For UKMPPD
    4 years ago
  • ** YaNa YassiN **
    Taste Of New Zealand Food Fair kini di Jaya Grocer
    8 years ago
  • ...My Home...
    When Nayli is unwell
    8 years ago
  • -MissEpaFazwin-
    Pengalaman Bersalin Hospital Putrajaya Part 1
    8 years ago
  • ❤ THE momoEKITTY ❤
    how do i earn money
    8 years ago
  • ||aurikelsan: Life & Space||
    Kopi Tenom
    8 years ago
  • ChipsmoreChoc!
    8 years ago
  • EXTRAORDINARY ME
    Disturbing Issue
    9 years ago
  • ZiHa's WorLD!
    My First LOS
    9 years ago
  • ~Life and Moment~
    I Love Printable Letter Tracing Sheets
    9 years ago
  • Suhada : Si Gadis Puisi~
    kembali pulang
    9 years ago
  • AvaKadabra: Hidup Itu Randum
    Muncul
    9 years ago
  • ~DiEyLah~
    Hidup ada pasang surut...
    9 years ago
  • A whOLe nEw worLD
    bersih - bersih sikit...
    9 years ago
  • ** BISIKAN HATI **
    WWE NXT Season 9 Episode 44 :
    9 years ago
  • ~[ WARNA WARNI KEHIDUPAN ]~
    Senarai Penuh kabinet Baru 2015
    9 years ago
  • ||QIE SHEA HARIS||
    [Novel] : Cinta Jangan Kau Pergi Bab12.
    9 years ago
  • : :akma[da]blueberry: :
    Almost a year!
    10 years ago
  • ツ bittersweety ツ
    YOU'RE SO FUNNY
    10 years ago
  • "its the life of a FANTABULOUS TEENAGER"
    Neurogain untuk ibu mengandung
    10 years ago
  • qellissa bb on the blog!
    How to detect Fake Coach
    10 years ago
  • ! Mieya Atiera !
    Keputusan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan SPA
    10 years ago
  • KaRyAgOnG
    Nukilan Dari Seorang Murid Untuk GURU...Selamat Hari Guru
    11 years ago
  • Little Diary Of Ieqa Halim
    PBS
    11 years ago
  • •*¨*•❤Chenta IrdSya❤•*¨*•
    Blogs Bocah Poris | Kata Bijak Tutorial Trik
    12 years ago
  • kasihselamanya
    Selamat Tahun Baru 2012
    13 years ago
  • Bukan Aishwarya Rai
    .....Moooo0
    16 years ago
  • Aliaa Farhana Lokman
  • + -
  • Hazleen Hadzir \\(^_^)//
  • LE heartless LOLA
  • ..dilarAng menjeRit..
  • bLogKuyam
  • My Secret Dreamworld*
  • ✿ m r & m r s m i k k o ✿
  • Don't make the trouble if you don't want the trouble to trouble you
  • -Always Stay The Same-
  • ! kotak bulat menulis !
  • missfarraain's belog.
  • Alyffa Jalil ♥
  • Memori sekuntum rindu...
  • aimee yang kau tak kenal
Show 5 Show All
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com