skip to main | skip to sidebar

KaRyAgOnG

Pengalaman dan Hidupku

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • About Us
  • Archives
  • Contact Us

November 22, 2010

Mengenali Hati

Karya Oleh Mr. HFH at 1:36 PM
Mengenali Hati

Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahui tentang keadaan hatinya. Apakah ia sedang sihat, atau apakah ia sedang sakit atau lebih dahsyat lagi bahawa sebenarnya hatinya telah mati. Sedangkan yang memiliki hati tersebut tidak menyedarinya sama sekali. Tentu kita akan termasuk dalam orang yang rugi di dunia mahupun akhirat.


1.  Ciri-ciri Hati yang Sakit.

Tanda-tanda hati yang sakit atau mati adalah:
Jika ia tidak merasakan akan kenistaan dan hinanya kemaksiatan. Kerana hatinya telah diracuni oleh dosa, sehingga tidak dapat lagi membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Seandainya hatinya masih hidup dan sihat, pasti ia akan merasakan betapa seksanya malapetaka yang menimpa kehidupannya lantaran dosa-dosa dan kemaksiatan yang ia lakukan. Tetapi hati yang sakit tidak merasakan betapa nikmatnya hati yang suci, sehingga ia suka menahan penderitaan daripada mencari ubat yang sesuai untuk hatinya.

Berpaling daripada makanan yang utama untuk hati, yang berguna untuk kesejahteraannya. Namun yang dipilihnya makanan yang kotor dan penuh dengan racun dosa. Hati yang sihat lebih mengutamakan sesuatu yang bermanfaat, tetapi hati yang sakit lebih suka mencari kuman kemaksiatan dan dosa. Kerana sesungguhnya makanan yang terbaik bagi hati adalah iman, dan ubat yang paling sesuai adalah Al-Quran.


2.  Penyebab Hati Menjadi Sakit.

Sebab timbul penyakit dalam hati kerana banyaknya fitnah yang tersarang
dalam hati tersebut. Fitnah yang berupa fitnah syahwat, fitnah
subhat..dsb.

Daripada Huzaifah bin Al-Yaman ra. mengatakan bahawa Rasullah SAW bersabda
maksudnya:

"Fitnah itu diperlihatkan kepada manusia bagaikan membentangkan tikar, akan nampak seutas demi seutas anyamannya. Setiap hati yang terkena fitnah, pasti akan ternoda oleh titik hitam, dan bagi hati yang melawan fitnah maka ia akan diberi noktah atau titik putih. Dengan demikian, hati manusia terpecah kepada dua nbahgian, yang berwarna hitam legam dan yang berdebu. Tidak dapat membezakan antara yang hak dan bathil, kerana ia tertawa oleh hembusan hawa nafsunya. Dan hati yang berwarna putih, tidak akan terkena cahaya fitnah selama masih ada langit dan bumi." (Riwayat: Muslim)

Rasullah SAW membahagikan hati manusia menjadi dua kelompok, iaitu hati yang menerima fitnah dan hati yang menolaknya.

·         Hati yang menerima fitnah

Hati yang melihat fitnah langsung menerimanya seperti tanah kering menghisap air, adalah hati yang terkena noda  hitam. Begitulah seterusnya, setiap fitnah ia menerimanya tanpa penolakan, sehingga hatinya menjadi bertambah hitam. Jika ini terjadi bererti hati yang jenis ini telah mengalami dua penyakit
yang akan menghancurkan diri yang memilikinya.

Pertama, buta untuk membezakan antara kebaikan dan kemungkaran, sehingga
masuk ke lembah kesesatan. Hatinya menjadi berbalik, kerana melihat
kebaikan bagaikan kemungkaran, dan melihat kemungkaran bagaikan kebaikan.
Kedua, ia menjadikan hawa nafsunya sebagai hakim yang akan membimbing
dirinya ke dunia kegelapan.

·         Hati yang menolak fitnah

Hati yang putih bersih, di dalamnya bersinar nur keimanan. Jika datang fitnah kepadanya, ia segera menghindarkan diri dan menjauhi fitnah tersebut.


3.  Empat Jenis Racun hati.

Setiap kemaksiatan adalah racun hati, yang merosak kesucian hati sesorang.
Abdullah Ibnul Mubarak berkata:

"Aku lihat dosa-dosa mematikan hati, dan rindu pada berbuat dosa, ia akan
mewariskan kehinaan. Meninggalkan dosa bererti menghidupkan hati, kerana
itulah yang terbaik untuk dirimu".

Sesiapa yang menginginkan keselamatan dan hatinya sentiasa hidup,
Hendaklah ia membebaskan dirinya daripada pengaruh dosa. Jika pada saat-saat
Tertentu kita terlupa, maka segeralah memberi penawarnya dengan cara bertaubat dan beristigfar. Banyakkanlah berbuat kebaikan, kerana kebaikan itu dapat menghapuskan keburukan.

Menurut Dr Ahmad Faried dalam bukunya "Tazkiyatun Nufuus wa Tarbiyatuha
Kama Yuqarriruhu Ulama us Salaf", menjelaskan bahawa ada empat jenis yang
Menjadi racun bagi hati.

·        Pertama, berlebih-lebihaan dalam berbicara
·        Kedua, berlebihan dalam memandang
·        Ketiga, berlebihan dalam makanan
·        Keempat, berlebih-lebihan dalam pergaulan.




Published by : Mr. HFH 
Published for : kepada rakan2 yg mengunjungi blog ini
Comment : time kasih kepada semua yg mengunjungi blog ini....dan sayer Mr. HFH berbesar hati dgn kunjungan anda semua....
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

0 rencana berharga:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

May God Bless You

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

Nuff3 Akoo (Klik3kanlah)

Sikit ceter pasal aku

My photo
Mr. HFH
Proses memperbaiki diri menjadi yang lebih baik dr yang sebelumnya. Seorg yang simple tapi sgt complicated. Berusaha membuat yang terbaik dalam mendapatkan kebahagian hidup di dunia dan juga di Akhirat. In Shaa Allah.
View my complete profile

Pengikut Setia

Jejak3 Berharga

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (2)
    • ►  December (2)
  • ►  2012 (9)
    • ►  July (1)
    • ►  February (4)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (10)
    • ►  March (10)
  • ▼  2010 (64)
    • ►  December (1)
    • ▼  November (4)
      • Cerita Pinggan Untuk Renungan Bersama
      • Mengenali Hati
      • Aku Di Uji
      • Hati Dan Perasaan
    • ►  September (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  February (14)
    • ►  January (34)
  • ►  2009 (28)
    • ►  December (22)
    • ►  November (6)

Countdown

widgeo.net

Blog Chatting

Waktu Solat

Mari Menukar Link

Powered by Blogger.

Blog Favourite

  • Aznil Haji Nawawi
    Ring Ring Ringgit
    9 years ago
  • SELAMBAKODOK'S HOUSE
    Hello Blog. Babai Facebook!
    10 years ago
  • ------nocturnal.
    101.
    13 years ago
  • All About L.I.N.D.A O.N.N
    Photoshoot majalah SANTAI
    14 years ago
  • Aku Muzik Hampa

Suka Suki

  • it's time for therapy
    2016
    8 years ago
  • ✿ sarazaqea ✿
    [Food Review] Rainbow Cookies / Biskut Lidah Kucing by Bellahee
    11 years ago
  • shugar hunny hott pie

Gempak-Gempak

  • Mysara Newrie
    You are not okay and that's not okay.
    3 weeks ago
  • ::hami asraff::
    Kenangan, Rindu, Ujian, Harapan.
    5 weeks ago
  • Puteri Kasih
    Ciri – Ciri Agen Judi Poker Online Resmi Indonesia
    2 years ago
  • Perjalananku Baru Bermula
    resepi mudah ayam masak butter
    4 years ago
  • DIA EMILYA
    Preparation For UKMPPD
    4 years ago
  • ** YaNa YassiN **
    Taste Of New Zealand Food Fair kini di Jaya Grocer
    8 years ago
  • ...My Home...
    When Nayli is unwell
    8 years ago
  • -MissEpaFazwin-
    Pengalaman Bersalin Hospital Putrajaya Part 1
    8 years ago
  • ❤ THE momoEKITTY ❤
    how do i earn money
    8 years ago
  • ||aurikelsan: Life & Space||
    Kopi Tenom
    8 years ago
  • ChipsmoreChoc!
    8 years ago
  • EXTRAORDINARY ME
    Disturbing Issue
    9 years ago
  • ZiHa's WorLD!
    My First LOS
    9 years ago
  • ~Life and Moment~
    I Love Printable Letter Tracing Sheets
    9 years ago
  • Suhada : Si Gadis Puisi~
    kembali pulang
    9 years ago
  • AvaKadabra: Hidup Itu Randum
    Muncul
    9 years ago
  • ~DiEyLah~
    Hidup ada pasang surut...
    9 years ago
  • A whOLe nEw worLD
    bersih - bersih sikit...
    9 years ago
  • ** BISIKAN HATI **
    WWE NXT Season 9 Episode 44 :
    9 years ago
  • ~[ WARNA WARNI KEHIDUPAN ]~
    Senarai Penuh kabinet Baru 2015
    9 years ago
  • ||QIE SHEA HARIS||
    [Novel] : Cinta Jangan Kau Pergi Bab12.
    9 years ago
  • : :akma[da]blueberry: :
    Almost a year!
    10 years ago
  • ツ bittersweety ツ
    YOU'RE SO FUNNY
    10 years ago
  • "its the life of a FANTABULOUS TEENAGER"
    Neurogain untuk ibu mengandung
    10 years ago
  • qellissa bb on the blog!
    How to detect Fake Coach
    10 years ago
  • ! Mieya Atiera !
    Keputusan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan SPA
    10 years ago
  • KaRyAgOnG
    Nukilan Dari Seorang Murid Untuk GURU...Selamat Hari Guru
    11 years ago
  • Little Diary Of Ieqa Halim
    PBS
    11 years ago
  • •*¨*•❤Chenta IrdSya❤•*¨*•
    Blogs Bocah Poris | Kata Bijak Tutorial Trik
    12 years ago
  • kasihselamanya
    Selamat Tahun Baru 2012
    13 years ago
  • Bukan Aishwarya Rai
    .....Moooo0
    16 years ago
  • Aliaa Farhana Lokman
  • + -
  • Hazleen Hadzir \\(^_^)//
  • LE heartless LOLA
  • ..dilarAng menjeRit..
  • bLogKuyam
  • My Secret Dreamworld*
  • ✿ m r & m r s m i k k o ✿
  • Don't make the trouble if you don't want the trouble to trouble you
  • -Always Stay The Same-
  • ! kotak bulat menulis !
  • missfarraain's belog.
  • Alyffa Jalil ♥
  • Memori sekuntum rindu...
  • aimee yang kau tak kenal
Show 5 Show All
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com