skip to main | skip to sidebar

KaRyAgOnG

Pengalaman dan Hidupku

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • About Us
  • Archives
  • Contact Us

November 24, 2010

Cerita Pinggan Untuk Renungan Bersama

Karya Oleh Mr. HFH at 4:50 PM
Cerita Pinggan Untuk Renungan Bersama



        SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya,
Irwan dan menantu perempuan nya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua! itu agak uzur, jari jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.


         Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut.


Prannnnngggggg ... !! Bertaburan kaca di lantai.


Lelaki tua serba salah. Dia bangun, cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Irwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula. "Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Irwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Irwan.


         Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Irwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.


         Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: 

"Miah.... buruk benar layanan anak kita pada abang."


         Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia nahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu.


         Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu. "Oh! Ya..." bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu member makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.


"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.


         Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum.


     Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Irwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang ber main dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisi nya. "Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Irwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor. 


"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva.

       
      Gamam mendengar jawapan anaknya, Irwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah!
      

      Malam itu Irwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak
menantunya tiba-tiba berubah.


      "Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan. Irwan hanya meng angguk, tetapi dadanya terus sebak.


MORAL OF THE STORY:!
Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita.....Ibubapa
kita hanya satu, perginya
tidak akan ada pengganti...jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat
dikandung badan!




Published by : Mr. HFH 
Published for : kepada rakan2 yg mengunjungi blog ini 
Comment : time kasih kepada semua yg mengunjungi blog ini....dan sayer Mr. HFH berbesar hati dgn kunjungan anda semua....
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

2 rencana berharga:

rockstar said...

beshnye2 citer ney.. macam dalam iklan kan.. hehe... cedey la abang.. huhu=(

February 27, 2011 at 7:50 AM
Anonymous said...

hehehehe....
sajer nak berkongsi ceriter....

March 3, 2011 at 1:02 AM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

May God Bless You

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

Nuff3 Akoo (Klik3kanlah)

Sikit ceter pasal aku

My photo
Mr. HFH
Proses memperbaiki diri menjadi yang lebih baik dr yang sebelumnya. Seorg yang simple tapi sgt complicated. Berusaha membuat yang terbaik dalam mendapatkan kebahagian hidup di dunia dan juga di Akhirat. In Shaa Allah.
View my complete profile

Pengikut Setia

Jejak3 Berharga

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (2)
    • ►  December (2)
  • ►  2012 (9)
    • ►  July (1)
    • ►  February (4)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (10)
    • ►  March (10)
  • ▼  2010 (64)
    • ►  December (1)
    • ▼  November (4)
      • Cerita Pinggan Untuk Renungan Bersama
      • Mengenali Hati
      • Aku Di Uji
      • Hati Dan Perasaan
    • ►  September (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  February (14)
    • ►  January (34)
  • ►  2009 (28)
    • ►  December (22)
    • ►  November (6)

Countdown

widgeo.net

Blog Chatting

Waktu Solat

Mari Menukar Link

Powered by Blogger.

Blog Favourite

  • Aznil Haji Nawawi
    Ring Ring Ringgit
    9 years ago
  • SELAMBAKODOK'S HOUSE
    Hello Blog. Babai Facebook!
    10 years ago
  • ------nocturnal.
    101.
    13 years ago
  • All About L.I.N.D.A O.N.N
    Photoshoot majalah SANTAI
    14 years ago
  • Aku Muzik Hampa

Suka Suki

  • it's time for therapy
    2016
    8 years ago
  • ✿ sarazaqea ✿
    [Food Review] Rainbow Cookies / Biskut Lidah Kucing by Bellahee
    11 years ago
  • shugar hunny hott pie

Gempak-Gempak

  • Mysara Newrie
    You are not okay and that's not okay.
    3 weeks ago
  • ::hami asraff::
    Kenangan, Rindu, Ujian, Harapan.
    5 weeks ago
  • Puteri Kasih
    Ciri – Ciri Agen Judi Poker Online Resmi Indonesia
    2 years ago
  • Perjalananku Baru Bermula
    resepi mudah ayam masak butter
    4 years ago
  • DIA EMILYA
    Preparation For UKMPPD
    4 years ago
  • ** YaNa YassiN **
    Taste Of New Zealand Food Fair kini di Jaya Grocer
    8 years ago
  • ...My Home...
    When Nayli is unwell
    8 years ago
  • -MissEpaFazwin-
    Pengalaman Bersalin Hospital Putrajaya Part 1
    8 years ago
  • ❤ THE momoEKITTY ❤
    how do i earn money
    8 years ago
  • ||aurikelsan: Life & Space||
    Kopi Tenom
    8 years ago
  • ChipsmoreChoc!
    8 years ago
  • EXTRAORDINARY ME
    Disturbing Issue
    9 years ago
  • ZiHa's WorLD!
    My First LOS
    9 years ago
  • ~Life and Moment~
    I Love Printable Letter Tracing Sheets
    9 years ago
  • Suhada : Si Gadis Puisi~
    kembali pulang
    9 years ago
  • AvaKadabra: Hidup Itu Randum
    Muncul
    9 years ago
  • ~DiEyLah~
    Hidup ada pasang surut...
    9 years ago
  • A whOLe nEw worLD
    bersih - bersih sikit...
    9 years ago
  • ** BISIKAN HATI **
    WWE NXT Season 9 Episode 44 :
    9 years ago
  • ~[ WARNA WARNI KEHIDUPAN ]~
    Senarai Penuh kabinet Baru 2015
    9 years ago
  • ||QIE SHEA HARIS||
    [Novel] : Cinta Jangan Kau Pergi Bab12.
    9 years ago
  • : :akma[da]blueberry: :
    Almost a year!
    10 years ago
  • ツ bittersweety ツ
    YOU'RE SO FUNNY
    10 years ago
  • "its the life of a FANTABULOUS TEENAGER"
    Neurogain untuk ibu mengandung
    10 years ago
  • qellissa bb on the blog!
    How to detect Fake Coach
    10 years ago
  • ! Mieya Atiera !
    Keputusan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan SPA
    10 years ago
  • KaRyAgOnG
    Nukilan Dari Seorang Murid Untuk GURU...Selamat Hari Guru
    11 years ago
  • Little Diary Of Ieqa Halim
    PBS
    11 years ago
  • •*¨*•❤Chenta IrdSya❤•*¨*•
    Blogs Bocah Poris | Kata Bijak Tutorial Trik
    12 years ago
  • kasihselamanya
    Selamat Tahun Baru 2012
    13 years ago
  • Bukan Aishwarya Rai
    .....Moooo0
    16 years ago
  • Aliaa Farhana Lokman
  • + -
  • Hazleen Hadzir \\(^_^)//
  • LE heartless LOLA
  • ..dilarAng menjeRit..
  • bLogKuyam
  • My Secret Dreamworld*
  • ✿ m r & m r s m i k k o ✿
  • Don't make the trouble if you don't want the trouble to trouble you
  • -Always Stay The Same-
  • ! kotak bulat menulis !
  • missfarraain's belog.
  • Alyffa Jalil ♥
  • Memori sekuntum rindu...
  • aimee yang kau tak kenal
Show 5 Show All
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com