skip to main | skip to sidebar

KaRyAgOnG

Pengalaman dan Hidupku

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • About Us
  • Archives
  • Contact Us

December 1, 2010

Wanita Ciptaan Istimewa

Karya Oleh Mr. HFH at 12:05 PM
Wanita Ciptaan  Istimewa


1. Kecantikan seorang wanita  ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan(menjaga) malunya, sementara  kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga)  marahnya.


2. Orang yang membujang  adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.


3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian  kemerdekaannya.


4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain  diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.


5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.


6. Jangan menyalahkan  perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.


7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.


8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami,dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.


9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa  melupakannya.


10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan  perilakunya.


11. Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.


12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.


13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.


14. Wanita lebih cepat  daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan  dia menangis.


15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia  menginginkan sesuatu..


16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang  termulia.


17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal  pertengahannya.


18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.


19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.


20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup  berbahagia.


21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.


22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam  pada ucapan suaminya.


23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.


24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.


25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati  ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.


26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.


27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga  mendengarkan.


28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.


29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.


30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan  suaminya.


31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang  mencintainya.




Published by : Mr. HFH 
Published for : kepada rakan2 yg mengunjungi blog ini 
Comment : time kasih kepada semua yg mengunjungi blog ini....dan sayer Mr. HFH berbesar hati dgn kunjungan anda semua....
3 rencana berharga
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

November 24, 2010

Cerita Pinggan Untuk Renungan Bersama

Karya Oleh Mr. HFH at 4:50 PM
Cerita Pinggan Untuk Renungan Bersama



        SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya,
Irwan dan menantu perempuan nya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua! itu agak uzur, jari jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.


         Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut.


Prannnnngggggg ... !! Bertaburan kaca di lantai.


Lelaki tua serba salah. Dia bangun, cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Irwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula. "Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Irwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Irwan.


         Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Irwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.


         Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: 

"Miah.... buruk benar layanan anak kita pada abang."


         Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia nahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu.


         Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu. "Oh! Ya..." bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu member makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.


"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.


         Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum.


     Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Irwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang ber main dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisi nya. "Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Irwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor. 


"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva.

       
      Gamam mendengar jawapan anaknya, Irwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah!
      

      Malam itu Irwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak
menantunya tiba-tiba berubah.


      "Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan. Irwan hanya meng angguk, tetapi dadanya terus sebak.


MORAL OF THE STORY:!
Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita.....Ibubapa
kita hanya satu, perginya
tidak akan ada pengganti...jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat
dikandung badan!




Published by : Mr. HFH 
Published for : kepada rakan2 yg mengunjungi blog ini 
Comment : time kasih kepada semua yg mengunjungi blog ini....dan sayer Mr. HFH berbesar hati dgn kunjungan anda semua....
2 rencana berharga
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

November 22, 2010

Mengenali Hati

Karya Oleh Mr. HFH at 1:36 PM
Mengenali Hati

Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahui tentang keadaan hatinya. Apakah ia sedang sihat, atau apakah ia sedang sakit atau lebih dahsyat lagi bahawa sebenarnya hatinya telah mati. Sedangkan yang memiliki hati tersebut tidak menyedarinya sama sekali. Tentu kita akan termasuk dalam orang yang rugi di dunia mahupun akhirat.


1.  Ciri-ciri Hati yang Sakit.

Tanda-tanda hati yang sakit atau mati adalah:
Jika ia tidak merasakan akan kenistaan dan hinanya kemaksiatan. Kerana hatinya telah diracuni oleh dosa, sehingga tidak dapat lagi membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Seandainya hatinya masih hidup dan sihat, pasti ia akan merasakan betapa seksanya malapetaka yang menimpa kehidupannya lantaran dosa-dosa dan kemaksiatan yang ia lakukan. Tetapi hati yang sakit tidak merasakan betapa nikmatnya hati yang suci, sehingga ia suka menahan penderitaan daripada mencari ubat yang sesuai untuk hatinya.

Berpaling daripada makanan yang utama untuk hati, yang berguna untuk kesejahteraannya. Namun yang dipilihnya makanan yang kotor dan penuh dengan racun dosa. Hati yang sihat lebih mengutamakan sesuatu yang bermanfaat, tetapi hati yang sakit lebih suka mencari kuman kemaksiatan dan dosa. Kerana sesungguhnya makanan yang terbaik bagi hati adalah iman, dan ubat yang paling sesuai adalah Al-Quran.


2.  Penyebab Hati Menjadi Sakit.

Sebab timbul penyakit dalam hati kerana banyaknya fitnah yang tersarang
dalam hati tersebut. Fitnah yang berupa fitnah syahwat, fitnah
subhat..dsb.

Daripada Huzaifah bin Al-Yaman ra. mengatakan bahawa Rasullah SAW bersabda
maksudnya:

"Fitnah itu diperlihatkan kepada manusia bagaikan membentangkan tikar, akan nampak seutas demi seutas anyamannya. Setiap hati yang terkena fitnah, pasti akan ternoda oleh titik hitam, dan bagi hati yang melawan fitnah maka ia akan diberi noktah atau titik putih. Dengan demikian, hati manusia terpecah kepada dua nbahgian, yang berwarna hitam legam dan yang berdebu. Tidak dapat membezakan antara yang hak dan bathil, kerana ia tertawa oleh hembusan hawa nafsunya. Dan hati yang berwarna putih, tidak akan terkena cahaya fitnah selama masih ada langit dan bumi." (Riwayat: Muslim)

Rasullah SAW membahagikan hati manusia menjadi dua kelompok, iaitu hati yang menerima fitnah dan hati yang menolaknya.

·         Hati yang menerima fitnah

Hati yang melihat fitnah langsung menerimanya seperti tanah kering menghisap air, adalah hati yang terkena noda  hitam. Begitulah seterusnya, setiap fitnah ia menerimanya tanpa penolakan, sehingga hatinya menjadi bertambah hitam. Jika ini terjadi bererti hati yang jenis ini telah mengalami dua penyakit
yang akan menghancurkan diri yang memilikinya.

Pertama, buta untuk membezakan antara kebaikan dan kemungkaran, sehingga
masuk ke lembah kesesatan. Hatinya menjadi berbalik, kerana melihat
kebaikan bagaikan kemungkaran, dan melihat kemungkaran bagaikan kebaikan.
Kedua, ia menjadikan hawa nafsunya sebagai hakim yang akan membimbing
dirinya ke dunia kegelapan.

·         Hati yang menolak fitnah

Hati yang putih bersih, di dalamnya bersinar nur keimanan. Jika datang fitnah kepadanya, ia segera menghindarkan diri dan menjauhi fitnah tersebut.


3.  Empat Jenis Racun hati.

Setiap kemaksiatan adalah racun hati, yang merosak kesucian hati sesorang.
Abdullah Ibnul Mubarak berkata:

"Aku lihat dosa-dosa mematikan hati, dan rindu pada berbuat dosa, ia akan
mewariskan kehinaan. Meninggalkan dosa bererti menghidupkan hati, kerana
itulah yang terbaik untuk dirimu".

Sesiapa yang menginginkan keselamatan dan hatinya sentiasa hidup,
Hendaklah ia membebaskan dirinya daripada pengaruh dosa. Jika pada saat-saat
Tertentu kita terlupa, maka segeralah memberi penawarnya dengan cara bertaubat dan beristigfar. Banyakkanlah berbuat kebaikan, kerana kebaikan itu dapat menghapuskan keburukan.

Menurut Dr Ahmad Faried dalam bukunya "Tazkiyatun Nufuus wa Tarbiyatuha
Kama Yuqarriruhu Ulama us Salaf", menjelaskan bahawa ada empat jenis yang
Menjadi racun bagi hati.

·        Pertama, berlebih-lebihaan dalam berbicara
·        Kedua, berlebihan dalam memandang
·        Ketiga, berlebihan dalam makanan
·        Keempat, berlebih-lebihan dalam pergaulan.




Published by : Mr. HFH 
Published for : kepada rakan2 yg mengunjungi blog ini
Comment : time kasih kepada semua yg mengunjungi blog ini....dan sayer Mr. HFH berbesar hati dgn kunjungan anda semua....
0 rencana berharga
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

November 17, 2010

Aku Di Uji

Karya Oleh Mr. HFH at 3:22 PM
1) AKU  DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira  bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka  tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka  sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2  yg dusta."

Surah Al-Ankabut ayat  2-3

2) KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG  AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci  sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,  padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak  mengetahui"

Surah Al-Baqarah ayat  216


3) KENAPA UJIAN SEBERAT  INI?

"Allah tidak membebani  seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Surah Al-Baqarah ayat  286


4) RASA FRUST?


"Jgnlah kamu bersikap lemah,  dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi  darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."

Surah Al-Imran ayat  139


5) BAGAIMANA HARUS AKU  MENGHADAPINYA?


"Wahai orang-orang yang  beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan  perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada  kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan  pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah  supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Surah Al-Imran ayat  200


"Dan mintalah pertolongan  (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya  sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang  khusyuk"

Surah Al-Baqarah ayat  45


6) APA YANG AKU DAPAT DRPD  SEMUA INI?


"Sesungguhnya Allah telah  membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk  mereka... ..

Surah At-Taubah ayat  111


7) KEPADA SIAPA AKU  BERHARAP?


"Cukuplah Allah bagiku, tidak  ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

Surah At-Taubah ayat  129


8) AKU TAK DAPAT  TAHAN!!!


"... ..dan jgnlah kamu berputus  asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah  melainkan kaum yg kafir."

Surah  Yusuf ayat 12





Published by : Mr. HFH 
Published for : kepada rakan2 yg mengunjungi blog ini 
Comment : time kasih kepada semua yg mengunjungi blog ini....dan sayer Mr. HFH berbesar hati dgn kunjungan anda semua....
0 rencana berharga
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

November 14, 2010

Hati Dan Perasaan

Karya Oleh Mr. HFH at 12:17 PM

Hati Dan Perasaan


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.


Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah `ia' datang.


"Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!"


Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. (They say it takes a minute to find a special person, and hour to appreciate them, but then an entire life to forget them).


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.


Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia Cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.


Carilah sesuatu yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.


Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.


Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, dugaan & cabaran yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.


Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.


Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.


"Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan."


Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.


Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.





Published by : Mr. HFH 
Published for : kepada rakan2 yg mengunjungi blog ini 
Comment : time kasih kepada semua yg mengunjungi blog ini....dan sayer Mr. HFH berbesar hati dgn kunjungan anda semua....
5 rencana berharga
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

September 29, 2010

Hidup Tak Selalunya Indah....

Karya Oleh Mr. HFH at 10:41 PM
Hidup Tak Selalunya Indah....


apakah yang bleh kita definasikan dgn cinta....
dan ader berapakah jenis3 cinta yang kita tau.....
pasti kebykan kiter tidak tahu perbezaan diantara cinta sbnr dan cinta Illahi.....
Cinta terbahagi kepada 3 jenis:

  • Cinta berdasarkan kepada syaitan
Cinta seperti ini bleh didefinasikan sebagai cinta yang tidak diredhai oleh ALLAH....
sebagai contohnya: apabila si lelaki dah berkenan dgn si wanita....
dan si wanita juga berkenan kepada si lelaki....
lalu dipinangnya si wanita tetapi tidak direstui oleh keluarga si wanita....
lalu cinta mereka tidak kesampaian...
dgn desakan nafsu yang membuak3 si lelaki bertindak merogol si wanita 
mengakibatkan si wanita tersebut mengandung....
lalu mereka pon mendirikan rumah tangga....

  • Cinta berdasarkan kepada jin
Cinta seperti ini juga adlh yang dilaknat ALLAH...
sebagai contohnya: apabila si lelaki dah berkenan dgn si wanita....
lalu dipinangnya si wanita tetapi si wanita tidak mahu bersuamikan si lelaki berkenaan.....
lalu dgn perasaan dengki si lelaki menggunkan bomoh untuk menarik 
perhatian si wanita supaya menerima lamarannya....
lalu mereka pon berkahwin....

  • Cinta berdasarkan kepada cinta kepada ALLAH Taala
Cinta inilah cinta sejati yang dipanggil Syurga Cinta,...
sebagai contohnya: apabila si lelaki dan si wanita bertentang mata buat pertama kali....
hati mula terdetik....
bermulalah persaan suka sama suka di antara satu sama lain....
bak kata org....dr mata trus lekat di hati.....
selepas itu si lelaki merisik si wanita....
dan mereka pon mendirikan rumah tangga yang tersergam indah di laman sementara 
yang dipinjamkan oleh ALLAH s.w.t....
inilah nikmat yang harus kita kejar demi mencapai kebahagiaan hakiki....I'ALLAH....


kepada rakan3.....
fikirlah kita sebaik3nya.....
jgnlah kiter tergolong pada glgn cinta pertama dan kedua.....
kejarlah cinta yang ketiga nescaya ianya adlh jalan yang diredhai ALLAH.....




Published by : Mr. HFH Published for : kepada rakan2 yg mengunjungi blog ini 
Comment : time kasih kepada semua yg mengunjungi blog ini....dan sayer Mr. HFH berbesar hati dgn kunjungan anda semua....
0 rencana berharga
Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

May God Bless You

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

Nuff3 Akoo (Klik3kanlah)

Sikit ceter pasal aku

My photo
Mr. HFH
Proses memperbaiki diri menjadi yang lebih baik dr yang sebelumnya. Seorg yang simple tapi sgt complicated. Berusaha membuat yang terbaik dalam mendapatkan kebahagian hidup di dunia dan juga di Akhirat. In Shaa Allah.
View my complete profile

Pengikut Setia

Jejak3 Berharga

Blog Archive

  • ►  2014 (1)
    • ►  May (1)
  • ►  2013 (2)
    • ►  December (2)
  • ►  2012 (9)
    • ►  July (1)
    • ►  February (4)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (10)
    • ►  March (10)
  • ▼  2010 (64)
    • ▼  December (1)
      • Wanita Ciptaan Istimewa
    • ►  November (4)
      • Cerita Pinggan Untuk Renungan Bersama
      • Mengenali Hati
      • Aku Di Uji
      • Hati Dan Perasaan
    • ►  September (2)
      • Hidup Tak Selalunya Indah....
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (5)
    • ►  February (14)
    • ►  January (34)
  • ►  2009 (28)
    • ►  December (22)
    • ►  November (6)

Countdown

widgeo.net

Blog Chatting

Waktu Solat

Mari Menukar Link

Powered by Blogger.

Blog Favourite

  • Aznil Haji Nawawi
    Ring Ring Ringgit
    9 years ago
  • SELAMBAKODOK'S HOUSE
    Hello Blog. Babai Facebook!
    10 years ago
  • ------nocturnal.
    101.
    13 years ago
  • All About L.I.N.D.A O.N.N
    Photoshoot majalah SANTAI
    14 years ago
  • Aku Muzik Hampa

Suka Suki

  • it's time for therapy
    2016
    8 years ago
  • ✿ sarazaqea ✿
    [Food Review] Rainbow Cookies / Biskut Lidah Kucing by Bellahee
    11 years ago
  • shugar hunny hott pie

Gempak-Gempak

  • Mysara Newrie
    You are not okay and that's not okay.
    3 weeks ago
  • ::hami asraff::
    Kenangan, Rindu, Ujian, Harapan.
    5 weeks ago
  • Puteri Kasih
    Ciri – Ciri Agen Judi Poker Online Resmi Indonesia
    2 years ago
  • Perjalananku Baru Bermula
    resepi mudah ayam masak butter
    4 years ago
  • DIA EMILYA
    Preparation For UKMPPD
    4 years ago
  • ** YaNa YassiN **
    Taste Of New Zealand Food Fair kini di Jaya Grocer
    8 years ago
  • ...My Home...
    When Nayli is unwell
    8 years ago
  • -MissEpaFazwin-
    Pengalaman Bersalin Hospital Putrajaya Part 1
    8 years ago
  • ❤ THE momoEKITTY ❤
    how do i earn money
    8 years ago
  • ||aurikelsan: Life & Space||
    Kopi Tenom
    8 years ago
  • ChipsmoreChoc!
    8 years ago
  • EXTRAORDINARY ME
    Disturbing Issue
    9 years ago
  • ZiHa's WorLD!
    My First LOS
    9 years ago
  • ~Life and Moment~
    I Love Printable Letter Tracing Sheets
    9 years ago
  • Suhada : Si Gadis Puisi~
    kembali pulang
    9 years ago
  • AvaKadabra: Hidup Itu Randum
    Muncul
    9 years ago
  • ~DiEyLah~
    Hidup ada pasang surut...
    9 years ago
  • A whOLe nEw worLD
    bersih - bersih sikit...
    9 years ago
  • ** BISIKAN HATI **
    WWE NXT Season 9 Episode 44 :
    9 years ago
  • ~[ WARNA WARNI KEHIDUPAN ]~
    Senarai Penuh kabinet Baru 2015
    9 years ago
  • ||QIE SHEA HARIS||
    [Novel] : Cinta Jangan Kau Pergi Bab12.
    9 years ago
  • : :akma[da]blueberry: :
    Almost a year!
    10 years ago
  • ツ bittersweety ツ
    YOU'RE SO FUNNY
    10 years ago
  • "its the life of a FANTABULOUS TEENAGER"
    Neurogain untuk ibu mengandung
    10 years ago
  • qellissa bb on the blog!
    How to detect Fake Coach
    10 years ago
  • ! Mieya Atiera !
    Keputusan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan SPA
    10 years ago
  • KaRyAgOnG
    Nukilan Dari Seorang Murid Untuk GURU...Selamat Hari Guru
    11 years ago
  • Little Diary Of Ieqa Halim
    PBS
    11 years ago
  • •*¨*•❤Chenta IrdSya❤•*¨*•
    Blogs Bocah Poris | Kata Bijak Tutorial Trik
    12 years ago
  • kasihselamanya
    Selamat Tahun Baru 2012
    13 years ago
  • Bukan Aishwarya Rai
    .....Moooo0
    16 years ago
  • Aliaa Farhana Lokman
  • + -
  • Hazleen Hadzir \\(^_^)//
  • LE heartless LOLA
  • ..dilarAng menjeRit..
  • bLogKuyam
  • My Secret Dreamworld*
  • ✿ m r & m r s m i k k o ✿
  • Don't make the trouble if you don't want the trouble to trouble you
  • -Always Stay The Same-
  • ! kotak bulat menulis !
  • missfarraain's belog.
  • Alyffa Jalil ♥
  • Memori sekuntum rindu...
  • aimee yang kau tak kenal
Show 5 Show All
 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com