Info utk
dikongsi lagi.
Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.
1. Hadiah Mendengar:
Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu
hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan
berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.
2. Hadiah Tanda Kasih:
Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan
tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di
dalam diri kamu.
3. Hadiah Sehelai Nota:
Ia mungkin ringkas seperti "Sayang
Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota
ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.
4. Hadiah Ketawa:
Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau
artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."
5. Hadiah Puji-Pujian:
Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam
dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang
tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia
6. Hadiah Bantuan:
Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak,
dll.
7. Hadiah Bersendirian:
Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka
kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.
8. Hadiah Keceriaan:
Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama
orang-orang yang dikasihi.
9. Hadiah Riadah:
Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang
yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.
10. Hadiah Doa:
Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang
dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.
You're the simplest love i've known
and the purest one i'll own
Published for : kepada rakan2 yg mengunjungi blog ini
Comment : time kasih kepada semua yg mengunjungi blog ini....dan sayer Mr. HFH berbesar hati dgn kunjungan anda semua....
0 rencana berharga:
Post a Comment