Bidadari di rumah Mu
Salam Sejahtera Selamanya, Moga Kehidupan Harum Mewangi Kasturi
Sentiasa.......!!
Seorang bayi bersiap-siap untuk dilahirkan ke dunia. Dia berkata pada
dirinya sendiri : "Para Malaikat mengatakan bahawa esok aku akan
dikirimkan ke dunia, tetapi bagaimana aku boleh hidup di sana? Aku begitu kecil dan lemah?"
Tiba-tiba terdengar suatu suara : "Jangan bimbang, Aku telah memilih
seorang Bidadari untuk Mu. Dia akan menjaga dan mengasihi kamu di sana."
Bagaimanapun bayi ini berasa bimbang dan takut untuk menghadapi dunia yang amat asing baginya.
"Di sini - syurga - apa yang aku lakukan hanyalah menyanyi dan ketawa
sepanjang hari. Ini sudah cukup ba! gi aku untuk berasa bahagia," kata
bayi itu dalam nada yang cukup sedih.
"Jangan kamu bimbang, Bidadari Mu akan menyanyi, sentiasa tersenyum dan menjaga Mu sepanjang masa. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya. Dengan semua itu kamu akan lebih bahagia daripada di sini," terdengar sekali lagi suara tadi.
"Tapi bagaimana aku akan mengerti apa yang dibicarakan oleh Bidadari ku jika aku tidak memahami bahasanya?" tanya bayi itu separuh merintih.
"Bidadari Mu akan berbicara kepada Mu menggunakan bahasa lembut yang Paling indah pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian, dia akan mengajarkan kamu cara berbicara," berkata suara itu lagi.
Bayi itu masih tidak puas hati, dia terus juga bertanya : "Aku mendengar
bahawa di dunia banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi aku?"
"Bidadari Mu akan memberikan perlindungan dengan sepenuh jiwa raganya Dan akan bercerita kepada Mu dan akan mengajar 'Ilmu yang ada, Padanya kamu adalah segala-galanya," balas suara itu.
"Tetapi aku pasti akan berasa sedih kerana meninggalkan tempat yang begitu indah," rintih bayi itu lagi.
Di saat itu suasana menjadi begitu tenang dan perlahan-lahan bayi itu
bertanya lagi : "Jika aku harus pergi sekarang, bolehkah diberitahu
siapakah Bidadari itu?
"Kamu akan memanggil Bidadari itu..... IBU !"
Ingatlah !... Curahkan sepenuh kasih-sayang kepada ibu Mu, berdoa'lah
untuknya dan cintailah dia sepanjang hayat.
IBU..... adalah Bidadari di rumah Mu.....!!
NOTA
Sungguh besar Jasa Ibu, ibarat kata kalau lah kita mendukung Ibu kita
sambil berjalan kaki dari Perlis sampai ke Singapura, masih lagi belum
terbalas Jasa Ibu tersebut.......!!
KASIH NYA IBU MEMBAWA KE SYURGA
KASIH NYA AYAH BERKORBAN NYAWA
KASIH NYA SAUDARA ISLAM SEPANJANG MASA
KASIH NYA KEKASIH BELUM TENTU KAN BERSAMA.......!!
Published by : Mr. HFH
Published for : kepada rakan2 yg mengunjungi blog ini
Comment : time kasih kepada semua yg mengunjungi blog ini....dan sayer Mr. HFH berbesar hati dgn kunjungan anda semua....
5 rencana berharga:
kasih ibu membawa ke syurga :'(
yup....
tepat sekali....
mampukah kasih ku membawa anak ku ke syurga? menitis air mata bila mengenang hal ni.. sedih..
huhu..tba2 i miss my mum lots3! :'(
uishh....sedihnye entry...rasa nk mengalirkan airmata..rindunye kt mak
Post a Comment