Aku harap tidak terlambat utk aku masukkan post mengenai HARI GURU...
Untuk pertama kalinya aku rasa sebak dengan ape yang aku rasai pada HARI GURU kali ini....
Segala imbauan kenangan lalu aku nampak dengan jelas...
Kegigihan guru-guru yang mendidik aku dari seorang yang tiada apa-apa...
Sehinggalah apa yang aku kecapi sekarang hasil dari bekalan nasihat dan tunjuk ajar guru-guru aku....
TERIMA KASIH CIKGU...
Masa sekolah rendah ketika aku di Darjah 3 Ros di Sekolah Kebangsaan Batu Berendam...
aku memang benak gila dalam subjek matematik...takde perasaan langsung dengan subjek tu...
Sehinggalah aku berjumpa dengan CIKGU AZMI yang membuatkan aku suka dengan subjek matematik...
Pelbagai usaha yang dilakukannya termasuklah menyelitkan bahan-bahan lawak dalam pembelajaran....
Merupakan satu medium yang baik dalam mengajak aku menyukai subjek tersebut...
Sehinggalah sekarang, matematik adalah salah satu subjek faveret aku...
TERIMA KASIH CIKGU AZMI...
Semasa aku di Darjah 5 Cempaka di sekolah yang sama...
aku masih ingat lagi seorang Ustaz yang mengajar aku Agama Islam yang dulunya aku tak suka....
Tapi bila sedar akan apa yang dilakukannya untuk kebaikan dan masa depan aku...
Baru aku tahu, semua yang dilakukannya bukan untuk mendera...tetapi untuk mengajar...
Setiap kali kerja sekolah tidak disiapkan...hukuman faveret USTAZ NAJIB adalah...
adalah meletakkan pen di celah jari tangan kedua-dua belah...dan ditekannya selama 30 saat...
memang perit tak dapat digambarkan....itulah denda yang masih lagi aku ingat sehingga sekarang...
Yang banyak mengajar dan menyedarkan aku akan pentingnya ilmu...
TERIMA KASIH USTAZ NAJIB...
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mutahir...adalah titik mula perubahan pada diriku...
Aku masih lg ingat semasa di tingkatan 3 Ixora...
Cikgu yang mengajar aku dan rakan-rakan mata pelajaran Bahasa Melayu...
Mengalirkan air mata dan merajuk sehingga meninggalkan kelas walaupun baru bermula selama 15 minit...
Ini Semua adalah akibat sikap kami yang tiada seorang pon menyiapkan kerja sekolah yang diberi...
Ya ALLAH...berdosa sungguh kami masa tu...
Kami semua berpakat untuk sama-sama memohon maaf kepada Cikgu tersebut di bilik guru...
Seramai hampir 30 orang dari kelas 3 Ixora memohon maaf dan berkumpul di meja Cikgu...
Dan berjanji akan berubah dan tidak akan mengulanginya lagi...
Alhamdulillah...Cikgu memaafkan kami dan selepas tamat tingkatan 3...
Cikgu tersebut bangga dengan perubahan sikap kami...Alhamdulillah...
TERIMA KASIH CIKGU JAHRAH...
Di Tingkatan 5 pula...aku amik Sains Tulen...
dan disinilah timbul minat yang mendalam terhadap matapelajaran Matematik Tambahan...
Sejak dari tingkatan 4 sampai tingkatan 5 aku tak pernah dapat A dalam subjek tersebut....
Sehinggakan aku berjumpa sendiri Cikgu Jamaliah Daud cara yang terbaik untuk score A...
Dan jasa Cikgu tidak dapat aku lupakan apabila beliau tidak putus-putus memberi aku latihan yang secukupnya dalam memastikan aku fhm dengan baik...
Sebagai hasilnya...dalam Result SPM aku berjaya meraih A1 dalam Mata Pelajaran Matematik Tambahan..
TERIMA KASIH CIKGU JAMALIAH DAUD...
Dan yang terakhir...Adalah Ustazah Norazmah yang sentiasa memberikan yang terbaik dalam menyampaikan input-input yang berguna dalam mata pelajaran Agama Islam...
Subjek yang membuatkan aku lebih dekat kepada ALLAH...dan yang sentiasa memantau perkembangan aku walaupun dah habis zaman persekolahan...sehinggalah kini....
Ustazah masih lagi menanyakan khabar diriku...Walaupun dulu orang nilah yang selalu kena cubit sebab terlalu nakal dalam kelas....yang selalu tak siapkan kerja sekolah yang diberikan...
Tapi dengan hasil didikan semua...Alhamdulillah...aku berada di tempat aku berada sekarang...
Tanpa kasih sayang dan belaian mereka...tak taulah ke mana kesudahan diriku ini....
TERIMA KASIH CIKGU...
Terimalah nukilan pantun dari anak buah mu yang berjaya disebabkan oleh didikan insan yang bergelar GURU...
Jalan Ke Darat Berpilin-Pilin...
Cuaca Redup Menawar Duka...
Guru Ibarat Cahaya Lilin...
Menyuluh Hidup Tiap Ketika...
Published by : Mr. HFH Published for : kepada rakan2 yg mengunjungi blog ini Comment : time kasih kepada semua yg mengunjungi blog ini....dan sayer Mr. HFH berbesar hati dgn kunjungan anda semua....